Thursday, March 17, 2011

Klip Video Kenangan Program Jom Solat

Monday, March 14, 2011

Gambar Sekitar Kem Jom Solat











































































































































































Sunday, March 13, 2011

Jom Solat

PENDAFTARAN

Saturday, March 12, 2011

summer cam Jom Solat

Masjis Annur TLDM Lumut sedang mengadakan program Summer Camp Jom Solat. Program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa masjid An Nur ini dihadiri oleh 134 Orang peserta. Antara pengisian program adalah ;
Ceramah Motivasi
Khudyuk Mendengar taklimat


fasilitator Bertungkus lumus menyiapkan tapak perkhemahan

Kerja... kerja...


Ceramah Motivasi untuk anak anak dan ibu bapa
Latihan praktikal fardhu ain
5
Tunggak kasih Sayang
Pembinaan Jasmani
Ruh Zikir dan bern\bagai progr
am yang menarik...

Sunday, March 6, 2011

Raja Muda Mahu Majlis Perwakilan Pelajar Singkir Pemikiran Jumud

KANGAR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) berusaha menyingkirkanpemikiran jumud yang membelenggu para pelajar.

Baginda bertitah sebagai pemimpin pelajar, mereka juga perlu membina keyakinan diri di kalangan para pelajar untuk menghadapi cabaran yang semakin hebat dengan memberi penekanan kepada konsep universalisme.

Pada majlis penyerahan watikah pelantikan MPP Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sesi 2010/2011 di Tasoh Lake Resort dekat sini malam tadi, baginda bertitah antara cabaran besar MPP ialah memastikan keharmonian di kalangan pelajar berkekalan.

Tuanku Syed Faizuddin, yang juga Canselor UniMAP bertitah kepelbagaian bangsa, budaya dan agama adalah sesuatu yang unik di negara ini kerana ia tidak menghalang keharmonian serta mewujudkan kekuatan.

"Keadaan ini berbeza di negara-negara lain kerana kepelbagaian itu sering dilihat sebagai punca masalah," titah baginda. Di peringkat UniMAP, para pelajar terdiri daripada pelbagai bangsa malah ia turut diwarnai dengan kehadiran para pelajar antarabangsa dan ia merupakan cabaran bagi MPP untuk mengekalkan keharmonian yang telah dikecapi selama ini.

Mereka perlu merangka strategi yang jelas, konsisten dan efektif bersesuaian dengan cabaran-cabaran itu.

Sementara itu, Yang Dipertua MPP UniMAP sesi 2010/2011, Aminudin Anuar berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.

Beliau turut mengetuai barisan kepimpinan MPP itu membaca ikrar dan menandatangani akujanji yang kemudiannya diserahkan kepada Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin.

Aminudin turut menerima fail tugas yang disampaikan bekas Yang Dipertua MPP UniMAP sesi 2009/2010, Mohd Nur Misbah.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah selaku Pro Canselor UniMAP. - BERNAMA

BERITA YANG SAYA PETIK DARIPADA MSTAR MELAYU INI AMAT MENARIK UNTUK KITA RENUNGKAN.

PROGRAM JOM SOLAT

PROGRAM SUMMER CAMP JOM SOLAT
ANJURAN MASJID AN NUR TLDM LUMUT
PROGRAM AKAN DIADAKAN BERMULA 13 MAC HINGGA 15 MAC 2011.
PENYERTAAN TERDIRI DARIPADA ANAK-ANAK WARGA TLDM LUMUT BERUMUR ANTARA 11 - 15 TAHUN.

UNTUK PENDAFTARAN... SILA HUBUNGI PEJ AGAMA KD MALAYA ATAU KAPTEN ZABIDI (MARKAS SISTEM)